LA PAZ – Peluang Argentina untuk layak ke Piala Dunia di Rusia terjejas apabila tewas 0-2 kepada Bolivia pagi ini.
Pada perlawanan itu, Leonel Messi tidak diturunkan berikutan digantung empat kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan.
Jaringan Juan Arce dan Marcelo Martins sudah cukup untuk Bolivia menewaskan Argentina yang mempamerkan aksi pertahanan yang lemah.
Kekalahan itu beserta kemenangan Colombia ke atas Ecuador 2-0 di halaman lawan serta kekalahan Chile di tangan Venezuela bermakna juara Piala Dunia dua kali itu kini menghuni di tangga ke lima kumpulan kelayakan Amerika Selatan yang mengandungi 10 pasukan.
Empat pasukan teratas layak secara automatik ke Rusia manakala pasukan di tangga kelima akan mengharungi perlawanan kalah mati menentang pasukan daripada kumpulan Ocenia.
Argentina mengumpul 22 mata, satu mata kurang daripada Chile, dua mata di belakang Colombia dan ketinggalan lapan mata daripada pendahulu kumpulan, Brazil. Uruguay yang mempunyai 23 mata akan menentang Peru.
Selain Messi, beberapa pemain kesebelasan utama Argentina, Javier Mascherano, Lucas Biglia dan Gonzalo Higuain juga tidak diturunkan kerana digantung perlawanan.
Bolivia mengambil kesempatan itu dengan memberi tekanan kepada lawannya itu dan memperolehi gol pertama menerusi jaringan Arce pada minit ke-31.
Pemain sayap itu menewaskan pemain pertahanan Argentina, Facundo Roncaglia dalam kawasan penalti bagi menanduk bola hantaran lintang Pablo Escobar.
Roncaglia was at fault again for the second goal seven minutes into the second half.
Kesilapan Roncaglia selepas tujuh minit perlawanan bersambung membolehkan Bolivia menambah gol.
Pemain Celta Vigo itu gagal menghalang Jorge Flores di garisan tepi yang membolehkannya melakukan hantaran silang kepada Marcelo Martins.
Penyerang itu yang tidak dikawal dengan tenang merembat menewaskan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.
Argentina cuba bangkit apabila memasukkan Sergio Agüero menggantikan Angel Correa 10 minit permainan disambung pada separuh masa kedua namun usaha itu tidak membuahkan hasil.
“Kami cuba mengawal permainan daripada Bolivia dan permaianan pasukan ini lebih baik sedikit pada separuh masa kedua.
“Bolivia layak menang. Kami perlu fikir ke hadapan. Kami masih mempunyai peluang dan kami mahu layak ke Piala Dunia.
“Kami tahu kami akan berhadapan dengan persaingan dan kami akan terus berjuang,” kata jurulatih Argentina, Edgardo Bauza. – Agensi