KUALA LUMPIR – Pelawak dan penyampai radio, Shuk dinobat juara Super Bintang Bersama Bintang 2019 (Super BBB 2019) yang berlangsung di Sri Pentas 2 di sini malam tadi.
Melalui kemenangan itu Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 33, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.
Sementara itu empat lagi peserta akhir yang turut berentap sepanjang tujuh minggu di Super BBB 2019 adalah Achey, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero.
Pada pentas akhir ini para peserta turut menampilkan pasangan selebriti pilihan masing-masing.
Antara rakan selebriti yang turut membantu adalah Azhan Rani, Jihan Muse, Heliza Helmi,Afdlin Shauki, Fikry Ibrahim dan Black.
Membawa kelainan berbanding dengan program lawak lain, Super BBB 2019 setiap minggu menawarkan RM10,000 wang tunai sebagai ganjaran bagi pelawak yang berjaya meraih markah tertinggi.
BBB 2019 dihoskan oleh Elly Mazlein manakala Saiful Apek dan Mark Adam bertindak sebagai juri tetap. – MalaysiaGazette