Home Foto Pilihan ‘Perkenan YDP Agong’ Lebih 100 Peserta Berjaya Tawan Puncak Gunung Pine Tree

‘Perkenan YDP Agong’ Lebih 100 Peserta Berjaya Tawan Puncak Gunung Pine Tree

Peserta pendaki bergambar kenangan selepas berjaya menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 28 APRIL 2019

RAUB – Seramai 108 pendaki berjaya menawan puncak Pine Tree, di Bukit Fraser kelmarin dalam program yang diadakan sempena meraikan sambutan Ulang Tahun ke-100 Bukit Fraser.

Kesemua peserta sebelum itu dilepaskan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_01
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bersama Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan bergambar kenangan sebelum melepaskan peserta pendaki Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 28 APRIL 2019
MGF28042019_PINE TREE BUKIT FRASER_03
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan bergambar kenangan sebelum melepaskan peserta pendaki Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2019
MGF28042019_PINE TREE BUKIT FRASER_02
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar (kanan) berkenan menyerahkan bendera gimik pelepasan kepada Ketua Peserta Pendaki Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2019

Peserta terdiri daripada pengamal media, kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan.

Sementara itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata program itu anjuran Kelab Media Pahang dengan kerjasama JBPM, Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Wilayah Timur.

MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_06
Peserta pendaki mengaminkan doa sebelum pelepasan untuk menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto ihsan : KELAB MEDIA PAHANG, 28 APRIL 2019

“Program ini juga diadakan dalam usaha untuk mempromosikan lagi Bukit Fraser yang terkenal dengan jolokan Little England ini sebagai pusat pelancongan tanah tinggi yang menarik di negeri ini selain Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Ia mempunyai tarikan tersendiri seperti kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta 260 spesies burung sehingga menjadi tarikan kepada peminat-peminat burung.

“Selain itu untuk penggemar sukan lasak mendaki, Bukit Fraser juga mempunyai lapan trek yang mampu menguji ketahanan pendaki dengan trek paling mencabar ialah Pine Tree Trail dilalui oleh 108 pendaki yang mengikuti program ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bukit Fraser.

MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_02
Salah seorang peserta pendaki Muhammad Adib Farhan ketika menuruni laluan yang curam sebelum berjaya menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 28 APRIL 2019
MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_09
Salah seorang peserta pendaki Muhammad Adib Farhan mendaki dan lalui beberapa halangan sebelum berjaya menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang.. foto ihsan : KELAB MEDIA PAHANG, 28 APRIL 2019

Peserta terpaksa melalui perjalanan sejauh 5.5 kilometer (km) dengan laluan berbukit-bukau dan selain menguji ketahanan fizikal, mereka juga terpaksa menggunakan kekuatan tangan untuk memanjat menggunakan tali sebelum sampai ke puncak Pine Tree setinggi 1,448 meter dari aras laut.

Keadaan muka bumi yang mencabar menyebabkan ada dalam kalangan pendaki mengalami kecederaan sehingga terpaksa berpatah balik dan ekspedisi berakhir pada jam 10.30 malam tadi.

MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_07
Peserta pendaki turut menerima rawatan ketika mengalami kekejangan otot semasa mendaki ketika menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto ihsan : KELAB MEDIA PAHANG, 28 APRIL 2019
MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_08
Salah seorang peserta pendaki wanita mendaki dan lalui beberapa halangan sebelum berjaya menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto ihsan : KELAB MEDIA PAHANG, 28 APRIL 2019
MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_04
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (tengah) bergambar kenangan bersama Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin (tiga kiri), Ketua Pendaki Gunung Pine Tree, Fazli Ahmad (kiri) dan sebahagian perserta yang berjaya menawan puncak Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 28 APRIL 2019
MGF29042019_TawanGunungPINE TREE_03
Tiga peserta pendaki wakil media dari Malaysia Gazette bergambar kenangan dipapan tanda selepas berjaya menawan Gunung Pine tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 28 APRIL 2019

Selain Pine Tree, antara laluan yang boleh dilalui oleh penggemar sukan lasak itu ialah Maxwell Trail (1.8km), Bishop Trail (1.5km), Rompin Trail (500m), Kindersley Trail (300m), Hemmant Trail (1 km), Abu Suradi Trail (500m) dan Mager Trail (350m). – BERNAMA