Home Dunia Doan Thi Huong sudah bebas, dihantar balik ke Vietnam

Doan Thi Huong sudah bebas, dihantar balik ke Vietnam

Tertuduh seorang wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Wanita Vietnam, Doan Thi Huong yang didakwa membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara telah dibebaskan hari ini, menurut peguamnya.

Pada 1 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.

Sebelum itu, pada 11 Mac pula, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam. – MalaysiaGazette

Peguam Hisyam Teh memaklumkan Doan telah kembali ke Vietnam pada hari ini. – MalaysiaGazette