Home Nasional Peserta Himpunan 405 bersemangat walaupun hujan

Peserta Himpunan 405 bersemangat walaupun hujan

Gelagat peserta yang menunggu himpunan bermula sempena Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 anjuran Pembela Ummah di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Meskipun hujan, namun peserta Himpunan Pertahanan Kedaulatan Islam (405) hari ini tidak berganjak sehingga pemimpin Pas selesai memberikan ucapan.

Berarak dari Masjid Jamek selepas menunaikan solat Zohor berjemaah, dan berarak ke Sogo lebih 3,500 peserta yang bertemakan putih simbolik kesucian agama Islam membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) ini turut dihadiri oleh Timbalan Presidrn Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Ashraf Wajdi dan beberapa lagi NGO Islam lagi.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan isu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selain menyuarakan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim,  Bahasa Kebangsaan dan UEC.

Himpunan besurai lebih kurang pada 3.30 petang tanpa sebarang provokasi. -MalaysiaGazette