SINGAPURA – Harga minyak susut lebih daripada 2.0 peratus selepas Presiden Donald Trump mahu menaikkan tarif ke atas barangan China pada minggu ini.
Kontrak hadapan West Texas Intermediate didagangkan pada AS$60.44 setong pada 0032 GMT pada hari Isnin, susut AS$1.50 setong atau 2.4 peratus berbanding hari penutup.
Manakala harga Brent pula AS$69.34 setong, susut AS$1.51 setong.
Trump menerusi Twitternya memaklumkan akan menaikkan tarif ke atas barangan China secara drastik pada minggu ini menyebabkan pasaran-pasaran kewangan global susut termasuk niaga hadapan minyak.
Wall Street Journal melaporkan Beijing sedang mempertimbangkan untuk membatalkan rundingan perdagangan dengan Washington.
“Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$525 pada hari Jumaat ini,” kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Singapura.
Dalam industri minyak, terdapat tanda-tanda kenaikan pengeluaran oleh Amerika Syarikat, yang mana pengeluarannya sudah melebihi 2 juta tong sehari sejak awal tahun 2018 kepada 12.3 juta tong.
Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai pengeluar terbesar dunia, mengatasi Rusia dan Arab Saudi. – MalaysiaGazette