TERKINI : Enam Penyamun Muda Berjaya di Berkas Polis

SHAH ALAM – Sekumpulan penyamun muda, kedai 24 jam di Lembah Klang diberkas selepas dikesan aktif sejak lima bulan yang lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat enam orang penyamun yang diberkas 4 Mei baru-baru ini berumur 21 hingga 26 tahun dan modus operandi adalah menjalankan aktiviti awal pagi menggunakan parang untuk menakutkan mangsa.