Bekas Penguasa Polis, Md Ali Amir Batcha yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (D9) meminta kerajaan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat kembali konspirasi tuduhan palsu melibatkan dirinya.
Malah, Md Ali, 65, turut menggesa agar tribunal itu dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran beliau sudah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa berkenaan.