KUALA LUMPUR – Umum mengetahui rancangan selebriti Atikah Suhaimi dan Awi Rafael untuk mendirikan rumah tangga 17 Mac lalu tidak menjadi kenyataan.
Atikah, pelakon yang berasal dari Singapura ternyata masih lagi berbicara tentang jodohnya yang tidak panjang dengan Awi.
Malah Nur Atikah Mohd Suhaime, 28 membayangkan sepatutnya menjadi ‘tukang masak’ kepada Awi jika menjadi isteri penulis lirik tersebut.
“Tahun yang sangat mencabar buat saya, Ramadhan terima kasih kerana datang lagi.
“Difikirkan tahun ini, saya sepatutnya akan dapat menunjukkan skil memasak kepada suami, namun ia tidak mungkin berlaku,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
Febuari lalu, majlis pernikahan Awi dan Atikah dibatalkan selepas pengumuman artis lelaki itu.
Namun kedua-dua mereka selepas itu tidak bermusuhan, sebaliknya mendoakan yang baik antara satu sama lain. -MalaysiaGazette