Home Nasional Kenapa perlu malukan TMJ dan keluarga, bidas Zaid Ibrahim

Kenapa perlu malukan TMJ dan keluarga, bidas Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin negara tidak seharusnya memberikan komen sehingga memalukan keluarga dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, waris Kesultanan Johor itu sememangnya muda namun itu tidak membolehkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap keluarga Diraja Johor.

“Beberapa pandangannya (TMJ) mungkin salah atau terkebelakang. Tetapi itu tidak akan menjejaskan negara.

“Kenapa perlu memalukan dia dan keluarganya?,” soal Zaid di Twitternya.

Zahid merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Ismail sebagai seorang budak kecil bodoh dan tidak tahu apa yang berlaku.

Kenyataan itu dibuat Dr Mahathir dalam temubual sempena setahun pemerintahan PH di Putrajaya semalam.

Ia dilihat kasar dalam menjawab kenyataan terbaharu TMJ berhubung perkara baik dilakukan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan khususnya jumlah tanah Sultan Johor yang dikurniakan untuk rakyat dan kebaikan lain.

“TMJ is a little boy (budak kecil)… dia bodoh kerana tidak tahu apa yang berlaku. Jadi jangan cakaplah apabila anda tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun, TMJ dilihat tidak membalas komen berkenan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. – MalaysiaGazette