NEW YORK – Bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Roger Ng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan jenayah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika hadir di Mahkamah Persekutuan di sini.
Jabatan Kehakiman (DoJ) mendakwa Ng, 46, pada tahun lalu kerana berkonspirasi melakukan penggubahan wang haram dan rasuah pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi melalui tawaran bon yang dikendalikan Goldman Sachs.
Ng diekstradisi ke New York dari Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu. Beliau juga telah ditahan sejak bulan November 2018.
Hakim Amerika Syarikat, Peggy Kuo, dari DoJ di Brooklyn, New York, membenarkan Ng, warga Filipina, dibebaskan sebagai pertukaran dengan bon berjumlah AS$ 20 juta.
Ng yang dikenakan pemakaian gelang di pergelangan kaki akan menetap di satu lokasi yang tidak didedahkan di kawasan New York City selepas diluluskan oleh mahkamah.
Peguamnya, Marc Agnifilo berkata, beliau telah meyakinkan Ng untuk datang ke Amerika Syarikat bagi menghadapi tindakan mahkamah kerana jelas bahawa pendakwa tidak akan menggugurkan kes itu.
Ng, yang meninggalkan Goldman Sachs pada 2014, menghadapi 30 tahun penjara jika dia disabitkan dengan tiga tuduhan terhadapnya di Amerika Syarikat, berdasarkan dakwaan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.
Pendakwa dan peguam Ng sedang berusaha merundingkan tawaran. Peguam-peguam kerajaan berharap untuk mengelakkan perbicaraan dengan mencapai perjanjian, walaupun Agnifilo berkata, ia terlalu awal untuk memberitahu.
Menteri Dalam Negeri mahu Ng menghadapi tuduhan jenayah pertama di sana, tetapi bersetuju untuk menyerah diri ke Amerika selama 10 bulan, kata peguam negara, Tommy Thomas, dalam satu kenyataan.
“Tempoh penyerahan sementara boleh dilanjutkan apabila perjanjian bersama oleh Malaysia dan Amerika Syarikat,” tambah Thomas.
Kes 1MDB telah mengejutkan Goldman Sachs, yang juga disiasat oleh DoJ untuk peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur untuk beberapa tawaran bon 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion.
Pendakwa menganggarkan pegawai peringkat tinggi 1MDB dan rakan sekutu mereka menyalahgunakan AS$4.5 bilion antara tahun 2009 dan 2014, termasuk beberapa dana yang dibantu oleh Goldman Sachs. – MalaysiaGazette