KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103.4 bilion pada 30 April 2019 susut berbanding AS$103.5 bilion pada 15 April 2019.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette