KUALA LUMPUR – Penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak kembali menjadi kontroversi apabila video mirip wajahnya kembali di Twitter sejak beberapa hari lalu.
Tahun lalu, suami kepada pelakon Ayu Raudah itu berdepan situasi sama apabila video mirip pemain Liga Super Kedah itu turut tersebar dengan berseluar dalam putih sedang beraksi di hadapan kamera.
Kini, video berdurasi kira-kira dua minit itu sekali lagi dilihat seakan-akan milik wajah Zaquan tanpa memakai
sebarang pakaian.
Pada November lalu, Ayu Raudhah tampil memberi penjelasan mengenai video Zaquan berseluar dalam itu.
“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya.
Zaquan telah berkahwin dengan Ayu pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan empat orang anak. – MalaysiaGazette