Home Sukan Messi kena maki

Messi kena maki

Lionel Messi.

BARCELONA – Sekumpulan penyokong Barcelona mencaci Lionel Messi sebaik sahaja bintang itu tiba di Lapangan Terbang John Lenon selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Liverpool.

Metro.co.uk melaporkan, sebaik sahaja, Messi didatangi sekumpulan penyokong Barcelona yang meluahkan rasa tidak puas hati.

Salah seorang penyokong berteriak dikatakan berteriak kepada pemain antarabangsa Argentina itu agar bertanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Messi juga dikatakan diboo ketika dia meninggalkan lapangan terbang.

Pepe Costa, Pengarah Bahagian Pemain Barcelona turut terlibat dalam kekecohan yang dicetuskan penyokong yang berang sebelum situasi itu berjaya dikawal.

Semalam, Liverpool mara ke final selepas bangkit meledak empat gol di Anfield, awal pagi Rabu.

Messi cemerlang ketika Barcelona menang 3-0 pada aksi pertama di Nou Camp tetapi gagal menyerlah ketika bertandang ke kubu lawan.

Peyerang itu dilihat mengalirkan mata sebaik sahaja pengadil Cuneyt Cakir meniupkan wisel penamat.

Malah Messi diarahkan untuk menjalani ujian doping selepas kekalahan itu dan dia turut ditinggalkan bas membawa pasukan Barcelona keluar dari perkarangan stadium Anfield. – MalaysiaGazette