Home Utama Sambut Ramadan dalam stor gerai

Sambut Ramadan dalam stor gerai

Norman Uda, 28 bersama isterinya, Masitah Remari, 28, beramah mesra dengan dua anak mereka selepas selesai ditemubual mengenai keluarga mereka yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park & Ride, LRT Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Ramadan yang baru memasuki hari kempat  memberi pengalaman pilu buat satu keluarga ini apabila terpaksa tinggal di dalam stor gerai di Sungai Besi di sini.

Akibat gagal melunaskan bayaran sewa bilik selama tiga bulan berjumlah RM900, Norman Uda, 28 dan isteri, Masitah Remari, 28 bersama dua anak mereka dihalau keluar oleh pemilik rumah pada 1 Mei lalu.

Norman yang merupakan mualaf Orang Asli sejak tahun 2013 berkata, beliau tidak menyangka terpaksa berdepan dugaan menyambut Ramadan dalam kesempitan hidup selepas gajinya sebagai kelindan lori tidak dibayar sejak tiga bulan lalu.

“Hampir setahun saya bekerja sebagai kelindan lori dan selama ini gaji saya dibayar setiap 1 haribulan setiap bulan. Namun sejak bulan Februari lalu, gaji saya tidak bayar walaupun saya pergi bertanya ke rumah bekas majikan saya selain sering menelefon namun semuanya tidak berhasil.

MGF09052019_INTERVIEW KELUARGA MUALLAF YANG DIHALAU RUMAH06
Norman Uda, 28 bersama isterinya, Masitah Remari, 28, melakukan rutin harian mereka selepas selesai ditemubual mengenai keluarga mereka yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park & Ride, LRT Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2019

“Saya dibayar gaji RM2,000 sebulan dan jumlah itu cukup untuk saya menyara isteri yang tidak bekerja, membayar taska anak sulung dan membeli susu serta lampin pakai buang untuk anak bongsu.

“Namun sejak gaji tidak dibayar, saya pernah tiada wang langsung dan terpaksa mengharap ihsan kawan-kawan yang memberi wang sebanyak RM20 hingga RM30 yang saya gunakan untuk membeli makanan dan susu anak,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

Mengulas lanjut, Norman berkata, selepas dihalau pada 1 Mei lalu, beliau berkunjung ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diberi RM100 untuk bantuan anak-anak.

Beliau yang berasal dari Tapah, Perak berkata, agensi itu berjanji untuk memberi bantuan susulan sekiranya mendiami rumah selepas ini.

MGF09052019_INTERVIEW KELUARGA MUALLAF YANG DIHALAU RUMAH07
Norman Uda, 28 menunjukkan kad perakuan memeluk agama islam ketika ditemubual mengenai keluarganya yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park & Ride, LRT Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2019

“Saya berterima kepada pemilik stor gerai ini, Rasidah Ali yang menumpangkan sementara kami sekeluarga untuk tinggal di stor gerai miliknya selepas saya pulang dari Baitulmal.

“Ketika ini saya buntu seketika dan masih menganggur namun saya mahu mencari pekerjaan bagi persiapan menyambut Aidilfitri nanti selain isteri yang sarat hamil anak ketiga.

“Saya ada berbincang dengan Rasidah untuk menolongnya berniaga di Bazar Ramadan dengan menjual nasi buluh,” katanya sayu.

Norman memberitahu, keluarganya dan mentua tidak dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi kerana tidak mahu menyusahkan kedua-dua pihak.

MGF09052019_INTERVIEW KELUARGA MUALLAF YANG DIHALAU RUMAH05
Rasidah Ali bercakap kepada media ketika ditemubual mengenai keluarga Norman Uda yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park & Ride, LRT Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2019

Sementara itu, Rasidah bersimpati apabila mendengar luahan Norman yang berkunjung ke gerai selepas pulang dari Baitumal.

Memandang mempunyai stor gerai untuk tempat memasak dan bilik kecil beristirehat, beliau menawarkan Norman dan keluarga menumpang dahulu sementara mendapat rumah atau bilik sewa pada masa akan datang.

Sementara orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menelefon talian 013 879 1549 atau memberi sumbangan di nombor akaun CIMB – 7068524981 (Norman Uda). – MalaysiaGazette