Home Dunia Jepun dilanda gempa bumi

Jepun dilanda gempa bumi

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

TOKYO – Gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda pantai selatan Jepun pagi ini.

Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan segera kerosakan, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa berlaku pada jam 8.48 pagi waktu tempatan (2348 GMT Khamis), dengan pusat gempa di pantai wilayah Miyazaki pada kedalaman 20 km (12 batu), kata agensi itu.

Kajian Geologi Amerika Syarikat pula (USGS) meletakkan magnitud gempa pada 6.4. – MalaysiaGazette

+ posts