Home Seni Hidup ‘Kalau waktu kecemasan, kami tak sempat berbuka’

‘Kalau waktu kecemasan, kami tak sempat berbuka’

KUALA LUMPUR – Tatkala umat Islam berbuka puasa bersama keluarga ramai juga yang terpaksa bekerja terutama mereka yang bertugas sebagai doktor.

Bagi doktor yang bertugas tanpa mengira waktu sering berbuka puasa di hospital seperti yang dikongsi dalam video Dr. Beni Isman Rusani.

Video berdurasi 11 saat oleh pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN) itu menceritakan situasi sebenar di sebuah hospital pakar.

Menurut beliau, ada kalanya mereka tidak sempat pun untuk berbuka puasa sekiranya ada kes-kes kecemasan.

“Suasana iftar di IJN. Kami di hospital sama seperti anggota bomba/polis/askar etc. Kerja dan buka sama-sama.

“Kalau waktu kecemasan mungkin tak sempat berbuka,” katanya di Twitter.

Malah ada warganet yang menyifatkan pengorbanan itu tidak ternilai dengan wang ringgit dalam memastikan nyawa setiap pesakit dapat diselamatkan.

Not all heroes wear cape,” komen Rozaini Roslan.

Malah ada yang turut memberikan komen bahawa kerja doktor adalah kerja yang mulia di sisi Allah.

“Sabar dr. Tugas doktor lagi mulia dari saya. Respect doktor,” komen Faizal Husainy.

Ciapan itu mendapat 45,700 tontonan dan sebanyak 1,582 retweet. -MalaysiaGazette