BRAZIL – Grand Prix Formula Satu (F1) akan diadakan di Rio de Janeiro bermula 2020, kata Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.
Walaupun trak perlumbaan Sao Paulo menganjurkan GP Brazil sejak 1990, trak baharu yang akan dibina di Rio akan mengambil alih peranan itu.
“Kerja kerja pembinaan litar baharu itu akan mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan,” kata Bolsonaro di sebuah majlis di Rio.
Dengan pindaan baharu itu, penganjuran GP di Sao Paulo yang termeterai dalam kontrak perlumbaan F1 musim hadapan tidak digunapakai dengan pengumuman itu.
“Litar Sao Paulo menanggung hutang yang besar walaupun dibiayai pihak berkuasa tempatan selama ini.
Litar F1 baharu itu akan dibina oleh kerajaan sendiri tanpa melibatkan wang rakyat.
Bolsonaro menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek pembinaan litar F1 baharu itu.
Lokasi yang dipilih untuk pembinaan litar baharu F1 pernah menganjurkan beberapa acara temasya Olimpik pada 2016 termasuklah Ekuestrian, hoki padang dan pentathlon.
Bagaimanapun penganjur di Sao Paulo menafikan dakwaan presiden Brazil itu.
“Kita F1 dan Dewan Bandaraya mempunyai perjanjian kontrak GP Sau Paulo sehingga 2020 dan komited dengan terma itu,” katanya.
Brazil kini satu satunya negara Amerika Selatan yang menjadi tuan rumah F1.- MalaysiaGazette