Home Sukan Perak ikat 2 pemain Brazil

Perak ikat 2 pemain Brazil

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengikat dua penyerang import baharu dari Brazil bagi memperkukuhkan skuad kendalian Mehmed Durokovic di saingan baki Liga Malaysia pada musim ini.

Ronaldo Henrique Silva berusia 28 tahun dan juga Raianderson Da Costa Morais berusia 23 tahun kepada media semalam.

Kemasukan dua awang import dari Brazil itu bermakna khidmat Gilmar Da Silva telah ditamatkan.

Seorang lagi awang import, Wander Luis pula telah mengambil keputusan menarik diri dari bersama skuad Perak, untuk berada bersama keluarga di Brazil.

Wander dikatakan perlu memberikan lebih tumpuan kepada anaknya yang sedang sakit.

Ronaldo adalah penyerang yang pernah beraksi di saingan Serie B Brazil dan juga Yokohama FC di Jepun manakala Raianderson adalah bekas produk Cruzeiro di Brazil.

Sehingga kini Perak berada di tangga kelapan Liga Super Malaysia, hasil dua kemenangan dan lapan seri.

Perak akan berhadapan dengan PKNP FC eaok di saingan Piala FA sebelum berhadapan lawan sama di saingan Liga Super Malaysia tiga hari selepas itu. – MalaysiaGazette