Home Dunia AS lancar 2 ujian peluru berpandu selepas ujian Korea Utara

AS lancar 2 ujian peluru berpandu selepas ujian Korea Utara

LOS ANGELES – Hanya beberapa minit selepas Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat, Amerika Syarikat (AS) melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua diikuti ujian peluru berpandu balisitk dari sebuah kapal selam, kata para pegawai AS yang menyatakan masanya pelancaran itu adalah secara kebetulan.

Pelancaran di pengkalan Sino-ri yang menyaksikan peluru berpandu Korea Utara meluncur pada jarak antara 170 batu hingga 260 batu (275 kilometer hingga 418 kilometer) itu dilakukan pada pukul 4.40 petang waktu tempatan, kata para pegawai tentera Korea Selatan.

Sejurus selepas itu, peluru berpandu antara benua Minuteman III milik AS dilancarkan dari Pengkalan Tentera Udara Vandenberg, California dan tentera udara negara itu melaporkan ia terbang sejauh 4,200 batu (6,759 kilometer) ke arah Lautan Pasifik.

Ia merupakan pelancaran peluru berpandu kedua AS pada bulan ini, dan keempat pada tahun ini, lapor RT.

Timbalan Pemerintah Serangan Global Tentera Udara (Operasi Media), Linda Frost memberitahu Fox News bahawa tidak terdapat hubungan tempoh masa ujian yang pendek yang dilakukan AS dan Korea Utara itu.

“Adalah penting bahawa pelancaran ujian kami bukannya respon atau tindak balas kepada acara dunia,” katanya sambil menambah tarikh pelancaran itu telah dirancang antara tiga hingga lima bulan lebih awal.

Hanya beberapa jam selepas itu, Tentera Laut AS melancarkan peluru berpandu Trident II D5 dari kapal selam USS Rhode Island.

Ia merupakan sebahagian daripada operasi untuk memastikan kesediaaan krew dan sistem persenjataan strategik kapal selam sebelum operasi penempatan berikutan kerja baik pulih pengisian semula bahan bakar, kata tentera laut.

Korea Utara yang telah melakukan beberapa pelancaran peluru berpandu jarak dekat dari pantai timur negara itu lima hari sebelum itu berkata, ia melakukan ujian ‘pertahanan unit’ pelancaran roket dan paduan taktikal senjatanya. – MalaysiaGazette