Home Ekonomi Morgan Stanley turunkan unjuran KDNK Malaysia

Morgan Stanley turunkan unjuran KDNK Malaysia

MGF01112018_BANGUNANPENCAKARLANGIT_16-640x427
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Morgan Stanley menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini kepada 4.5 peratus berbanding 4.6 peratus sebelum ini didorong oleh peningkatan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China.

Unjuran bagi 2020 bagaimanapun dikekalkan pada kadar 4.7 peratus.

Dalam laporan Tinjauan Masa Hadapan Ekonomi Asia Pertengahan Tahun 2019, Morgan Stanley berkata, ketegangan perdagangan yang timbul semula dan beberapa perkara yang masih belum dapat dimuktamadkan dalam rundingan berkenaan bermakna kadar pertumbuhan ekonomi juga berdepan dengan risiko.

“Ketidaktentuan dalam tempoh terdekat hasil daripada ketegangan perdagangan AS-China itu menjejaskan sentimen ekonomi pada suku kedua 2019.

“Ia juga telah menutup peluang untuk pemulihan semula ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts