Home Utama Tidak ada restu! ‘Kartel dedak’ filem lama ditayang semula – Abdul Hadi

Tidak ada restu! ‘Kartel dedak’ filem lama ditayang semula – Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – “Tidak ada restu.”

Itu penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya berhubung kenyataan menantunya, Zaharudin Muhammad yang mendakwa telah mendapat restu Presiden Pas itu ketika membuat pendedahan tentang ‘kartel dedak’.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, dakwaan tersebut tidak benar dan pendedahan itu dibuat tanpa pengetahuan beliau selaku presiden.

“Itu tidak betul. Restu ini tidak betul. Tidak ada restu,” katanya dalam sidang media selepas Program Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Pas Pusat bersama media di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pendedahan ‘kartel dedak’ yang dibongkar menantunya ialah filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

“Itu (kartel dedak) itu filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.

“Kita anggap perkara itu dah selesai, ia libatkan disiplin,” ujar Abdul Hadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; tiga Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Datuk Iskandar Abdul Samad; dan Idris Ahmad serta Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kelmarin Zaharudin dalam entri Facebooknya membuat pendedahan tentang kewujudan ‘kartel dedak’ yang membabitkan lima pemimpin Pas sambil mendakwa perbuatannya itu bertujuan mengelak serangan parti lawan.

Tindakannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan desas-desus bahawa Zaharudin dikatakan sebagaai individu yang bertanggungjawan menyebarkan rakaman audia penting yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu.

Beliau berkata, kumpulan ‘kartel’ pada waktu itu juga memujuk supaya Abdul Hadi mengarahkan pendedahan yang dibuatnya di Facebook (FB) dihentikan.

“Kartel waktu itu sudah mula cucuk tok guru (Abdul Hadi) suruh hentikan FB saya. Macam biasa, bagi info (maklumat) separuh masak kata saya tembak sama sendiri dalam FB.

“Akhirnya, saya bagi penjelasan sebab apa saya buat begitu dan tok guru (Abdul Hadi) restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang,” dedah beliau.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Zaharudin akan dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti bagi menyiasat perilaku tersebut.

“Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

“Jawatankuasa Disiplin Pas akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan,” katanya. – MalaysiasGazette

Artikel berkaitan: Menantu Hadi nafi MB Terengganu, adik iparnya terlibat ‘kartel dedak’

Menantu Hadi dedah ‘kartel dedak’