KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) maklum bahawa AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad telah memfailkan suatu permohonan semakan kehakiman terhadap MAVCOM pada hari ini, 14 Mei 2019.
“Walau bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang dokumentasi undang-undang mengenai perkara ini dan oleh itu, tidak dapat memberikan komen buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan pendek. – MalaysiaGazette