KUALA LUMPUR – Isteri pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha berdepan detik cemas apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak pada 2 Ramadan lalu.
Namun, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 29, kembali lega selepas bayinya mula menendang dengan kuat selepas dia terpaksa berbuka puasa dengan makanan dan minuman.
“Baby yang kali ni dah lah sangat memberi respon, kalau kita letak tangan dia akan high ve atau tendang. Tapi masa petang tu
kita geletek dia, Daddy (Hairul) panggil dia, semua dia tak nak respon.
“OMG gementar. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan coklat biskut semua
(kemain maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila,” tulis Hanis mengenai pengalaman itu di Instagramnya.
Dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada Jun depan.
Sementara itu, Hanis berkongsi nasihat doktor mengenai segelintir wanita hamil sangat sensitif ketika mereka berpuasa yang boleh menyebabkan air ketuban berkurangan.
Nasihat Doktor kata Hanis ahar sentiasa menjaga kiraan tendangan bayi dalam kandungan.
Selain itu, doktor juga menasihatkan supaya dia sentiasa menjaga dan peka dengan kiraan tendangan bayi dalam kandungan.
“Lepas tu, semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay bagus, sesetengah orang sangat sensitif, bila
puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
“Jaga kiraan tendangan saja sekarang. Kita tahu waktu bayi kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan selang
yang tepat sama setiap orang.
“Ia cuma bantu kita peka waktu aktif bayi kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!” tulisnya lagi.
Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf
Iskandar yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette