PUTRAJAYA – Sekretariat Penaja Parti Negara (Negara) nekad untuk menubuhkan parti baharu itu bagi membanteras masalan rasuah yang menjadi musuh utama negara.
Presidennya, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan penubuhan parti Negara kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini, hari ini untuk didaftarkan sebagai parti politik rasmi.