KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjanji akan membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan mahu menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, langkah itu tidak wajar dikenakan kepada bekas pelajar yang masih belum mendapat pekerjaan.
“Bagi mereka yang meminjam PTPTN tetapi masih belum dapat pekerjaan atau sudah bekerja tetapi belum mendapat gaji bermaruah (atas RM4,000) tak seharusnya disenaraihitamkan,” katanya Ahli Parlimen Muar itu dalam rakaman video di media sosialnya hari ini.
Menurut Syed Saddiq, jika cadangan itu mahu dirujuk kepada parlimen, beliau akan membantahnya.- MalaysiaGazette