MANAMA – Seorang pembantu rumah di Bahrain berhadapan dakwaan membakar apabila dia mengaku membakar rumah majikannya selepas digelar ‘bodoh’ dalam pertengkaran yang melibatkan gaji, lapor akhbar, Al Bilad.
Kajadian berlaku pada Februari lalu apabila pembantu rumah dari Afrika itu membakar bilik anak perempuan majikannya di ibu negara Bahrain sebelum dia melarikan diri.
Selepas ditahan, pembantu rumah itu memberitahu para penyiasat bahawa dia berasa marah apabila majikannya enggan membayar gaji dan tidak membenarkannya menghubungi ahli keluarga di negara asal, lapor Gulf News.
Pembantu rumah itu mendakwa, semasa bertengkar majikannya memanggil dia ‘bodoh’ selain menghinanya.
Pembantu rumah yang nama dan warga negaranya tidak didedahkan itu mahu membalas dendam dengan menyalakan api di katil anak perempuan majikannya dan melarikan diri selepas melakukan perbuatan tersebut, menurut laporan itu.
Mahkamah Jenayah Kecil di Manama mula mendengar kes yang membabitkan defenden yang berusia 24 tahun itu juga berhadapan dengan pertuduhan membahayakan nyawa dan wang.
Mahkamah akan menyambung perbicaraan pada 2 Jun ini. – Agensi