Home Dunia Pesawat terhempas, lima pelancong maut

Pesawat terhempas, lima pelancong maut

Pesawat model Piper PA-32-260. foto Agenso

TEGUCIGALPA – Lima warga asing termasuk juruterbang itu meninggal dunia apabila pesawat persendirian yang mereka naiki terhempas ke laut sejurus selepas berlepas dari Pulau Roatán, sebuah destinasi pelancongan di pantai Atlantik Honduras, kata pihak berkuasa tempatan.

Setakat ini, kerakyatan mangsa-mangsa terlibat masih meragukan kerana setiap sumber memberi kenyataan berbeza-beza.

Jurucakap angkatan tentera, Jose Domingo Meza berkata, empat daripada mangsa adalah dari Amerika Syarikat dan kerakyatan mangsa kelima belum diketahui.

Perkhidmatan kecemasan setempat pula mengatakan empat mangsa adalah warga Kanada.

Punca kemalangan masih belum dipastikan.

Difahamkan pesawat jenis Piper PA-32-260 menuju ke bandar pelabuhan Trujillo, kira-kira 80 kilometers (49.71 batu) dari Roatan, yang menjadi tumpuan pelancong Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. – MalaysiaGazette