KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Neelofa meluahkan kesedihannya atas pemergiaan sepupunya awal pagi tadi.
Menerusi Twitter, Neelofa Mohd Noor, 30 berkata, chef selebriti, Adam Mahamed Ismael atau lebih dikenali sebagai Adamdidam mempunyai bakat dan potensi khususnya dalam bidang memasak.
“Awak (Adam) seorang yang hebat dan ada bakat dalam memasak. Ada banyak potensi ada pada awak Adam, tapi Allah tahu yang terbaik, Allah sebaik-baik perancang. Al-Fatihah,” katanya.
Pengacara Meletop itu juga berkongsi video ketika hadir dalam sebuah program rancangan memasak bersama-sama Adamidam.
Bagi Neelofa, ia satu memori indah yang akan dikenangnya.
“Kami pernah bersama dalam sebuah program masak sebelum ini. Bersama dengannya adalah memori yang saya akan simpan sampai bila-bila,”katanya.
Adamdidam meninggal pada usia 29 tahun, awal pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.
Sebelum terlibat sebagai chef, Allahyarham merupakan Perancang Strategik di Petronas.-MalaysiaGazette