Home Dunia 2 wartawan hilang dipercayai ditahan Arab Saudi

2 wartawan hilang dipercayai ditahan Arab Saudi

Marwan al-Muraisy. foto Agensi

RIYADH – Arab Saudi telah menahan dua wartawan tempatan selama beberapa bulan, menurut Reporters Without Borders (RSF).

Seorang wartawan dari Yaman, Marwan al-Muraisy dilaporkan hilang sejak Jun 2018.

Manakala warga Jordan, Abdel Rahman Farhaneh, yang bekerja untuk rangkaian televisyen Al Jazeera milik Qatar, tidak dapat dikesan pada bulan Februari, kata RSF dalam satu kenyataan.

 

abdelrahman
Abdel Rahman Farhaneh. foto Agensi

Isteri Muraisy menerusi Twitter minggu lalu memberitahu, dia telah menerima panggilan telefon ringkas daripada suaminya – panggilan pertama sejak hilang dan mengesahkan dia masih hidup.

Muraisy yang berharap akan dibebaskan tidak lama lagi turut meluahkan harapan agar isterinya boleh melawatnya.

RSF berkata, keluarga Farhaneh, yang berusia 60-an dan telah bertugas di bandar Dammam timur selama lebih dari 30 tahun, mengetahui pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan pada Kedutaan Jordan yang dia akan dibebaskan tidak lama lagi.

Setakat ini tidak jelas di mana kedua-dua lelaki itu berada.

Rekod hak asasi kemanusiaan Riyadh diawasi global sejak pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi tahun lalu di dalam konsulatnya di Istanbul dan penahanan kira-kira beberapa aktivis hak wanita.

Seorang Ahli Parlimen dari parti politik Amerika Syarikat.S. menggesa White House untuk memperkukuhkan pendiriannya terhadap Arab Saudi selepas Khashoggi, pengkritik Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, dibunuh oleh agen-agen Arab Saudi dalam langkah yang dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat perbezaan pendapat.

Ejen Siasatan Pusat (CIA) yang menilai kes kematian Khashoggi telah menyalah Mohammed bin Salman yang didakwa mengeluarkan perintah pembunuhan itu tetapi dinafikan oleh Arab Saudi. – MalaysiaGazette