WELLINGTON – Lelaki yang menyerang dan melepaskan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch pada bulan Mac lalu didakwa terlibat dalam perbuatan pengganas.
Pertuduhan itu di bawah undang-undang penindasan keganasan negara telah difailkan terhadap Brenton Tarrant, kata polis dalam satu kenyataan.
Tertuduh, seorang penyokong kulit putih bakal menghadapi 51 tuduhan pembunuhan dan 40 percubaan pembunuhan.
Pesuruhjaya Polis Mike Bush berkata, lelaki itu kini didakwa terlibat dalam Akta Pengganas di bawah seksyen 6A Akta Pengganas Keganasan 2002.
Dia dijangka hadir di mahkamah pada bulan Jun ini.
Dalam serangan itu, seramai 51 orang jemaah di dua masjid terbunuh. – MalaysiaGazette