DUA minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Biarpun menjalani berlapar dahaga mengharungi ibadah puasa, namun tidak mematahkan semangat umat Islam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Selain lagu-lagu raya yang berkumandang di sana sini terutama di pusat beli-belah, tradisi menyalakan likur, pelita atau pun panjut menambah lagi keseronokan suasana.
Bagi warga kota yang kebanyakkannya menetap di pangsapuri tentunya masalah ruang yang sempit tidak memungkinkan mereka untuk memasang likur atau pelita.
Tetapi dalam era teknologi segalanya mungkin apabila muncul lampu-lampu laya LED yang kini menerima permintaan yang tinggi setiap kali tiba musm perayaan.
Peluang tersebut pantas diambil tiga peniaga Mohd Firdaus Syukor, Mohd Fareez Ibrahim dan Mohd Fareez Ibrahim.
Gerai mereka yang beroperasi di pekan Sungai Besi menawarkan 32 jenis lampu raya LED bagi memenuhi permintaan penduduk setempat. Perniagaan secara kecil-kecilan ini juga telah memasuki tahun ketiga dan mempunyai cawangan di Shah Alam, Taman Medan dan terbaru di pekan Sungai Besi.