Home Dunia Pendakwah Indonesia meninggal dunia

Pendakwah Indonesia meninggal dunia

KUALA LUMPUR- Pendakwah terkenal Indonesia, Muhammad Arifin Ilham meninggal dunia ketika mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang malam tadi.

Jurucakap Konsulat Indonesia berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.40 malam.

Allahyarham yang berusia 49 tahun meninggal dunia selepas menderita mengidap kanser limfoma.

Jenazah dibawa pulang ke Jakarta, Indonesia untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Az Zikra, Cibadung, Gunung Sindur, Bogor.

Berita sedih tersebut turut dimaklumkan anak arwah, Alvin Faiz melalui akaun Instragramnya.

Dalam postingnya itu, dia menulis arwah bapanya telah meninggal dunia malam tadi dan memohon agar semua pihak yang pernah berurusan dengan Allahyarham mengampunkan kesalahannya sebelum ini.

Allahyarham merupakan pendakwah terkenal Indonesia dan lahir pada 8 Jun 1969 di Banjarmasin.

Beliau yang merupakan anak kedua dari lima beradik menceburkan diri dalam ceramah agama sejak 1980 an di negara asalnya. – MalaysiaGazette