Home Dunia 2 korban banjir di Australia

2 korban banjir di Australia

Penduduk di Beenleigh, Queensland terpaksa menggunakan bot untuk bergerak selepas kawasan itu dilanda banjir. foto Agensi

BEENLEIGH – Air sungai terus meningkat di dua negeri di Australia sejak negara itu dilanda taufan tropika yang telah mengorban dua nyawa dan menyebabkan empat lagi hilang.

Salah seorang mangsa yang hilang adalah lelaki berusia 77 tahun.

Polis Queensland memberi amaran bahawa Sungai Logan yang mengalir selatan Beenleigh di Brisbane akan naik kepada paras tertinggi pada sebelah petang dan Rockhampton, bandar di sebelah utara turut menerima ancaman sama.

Komisioner Ian Stewart juga mengingatkan bahawa penduduk di Logan masih berisiko besar mengalami banjir.

Rockhampton mempunyai populasi lebih 80,000 penduduk di sekitar Sungao Fitzroy, perlu berpindah jika paras sungai yang tidak pernah mencapai paras tinggi sejak seabad lalu naik.

“Menjelang Rabu, kita akan menyaksikan banjir besar di Rockhampton. Air sungai meningkat secara berperingkat-peringkat, lantaran itu saya mahu penduduk berpindah,” katanya.

Seramai 10,000 penduduk telah dipindahkan di bandar Queensland dan New South Wales disebabkan banjir. – MalaysiaGazette