JUVENTUS – Bintang Juventus, Paulo Dybala menepis khabar angin mengaitkannya dengan perpindahan keluar dari juara kelab Serie A itu.
Spekulasi bermula apabila selepas abangnya, Gustavo Dybala yang bertindak sebagai ejennya memberitahu adiknya sedang mencari pasukan baharu dalam temuramah di stesen radio, Futbolemico.
“Banyak dia perlu berubah dan dia perlu mengambil kesempatan,” kata Guatavo kepada Footbal Italia.
Komen itu pantas mencetuskan spekulasi yang membabitkan masa depan pemain berusia 25 tahun itu apabila media mula mengaitkannya dengan perpindahan ke Manchester United atau Atletico Madrid, musim panas ini.
Begitupun, Dybala menolak sebarang potensi perpindahan dan menegaskan mahu kekal di Turin pada musim depan.
“Bukan saya yang bercakap namunAbang saya bercakap bagi dirinya sendiri,” balas Dybala.
“(Pengarah Sukan Juve, Fabio) Paratici tahu apa yang saya mahu tahun depan iaitu kekal bermain di sini.
“Saya menghormati jersi ini dan juga peminat, dan kerana itu, saya tidak akan bercakap untuk keluar dari Juventus, pasukan lain kerana bagi saya ia menunjukkan rasa kurang hormat.”
Seperti semua yang berkait dengan juara Itali itu, Dybala turut teruja menanti pengurus baharu yang akan mengendalikan kelab itu selepas penyingkiran Massimiliano Allegri pada penghujung musim ini. – MalaysiaGazette