KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama anaknya di laman sosial Instagram miliknya selepas lhampir dua minggu bercerai.
Aliff, 28, meluahkan rasa rindu dan berharap anaknya Ayden sentiasa mengingati dirinya.
“Saya rindu awak, Junior. Simpan ayah dalam hati kami seperti mana kamu selalu ada dalam hati ayah,” tulisnya malam tadi.
Aliff berkahwin dengan Bella Astilah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean
yang kini berusia dua tahun.
Rumah tangga pasangan ini sering dihimpit kontroversi apabila penyanyi Sayang Sayang itu beberapa kali tertangkap berlaku
curang.
Sementara itu, pada hantaran yang sama, turut meninggalkan komen adalah ibunya Siti Haza yang meminta Aliff menjadikan ia sebagai pengajaran.
“Apa yang terjadi dijadikan pelajaran jitu dan teruskan kehidupan walau sepahit mana pun perasaan.
“Insya-Allah langit tidak akan selalu mendung, ia pasti berlalu dan matahari akan kembali menyinar dengan izin Allah,” katanya. – MalaysiaGazette