KUALA LUMPUR – Sebuah jambatan di Dengkil runtuh akibat digunakan kenderaan lebih muatan dekat sini semalam.
Jambatan besi sementara menghubungkan Kampung Sungai Buah Luar dan Sungai Buah Dalam itu runtuh selepas sebuah lori lebih muatan melalui jambatan itu.
Difahamkan, jambatan besi merentasi Sungai Semenyih itu hanya mampu menampung berat 2.5 tan sedangkan lori yang melalui jambatan itu pula membawa muatan tar lebih 30 tan.
Bagaimanapun, pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan.- MalaysiaGazette