Home Politik Dakwaan gangguan seksual: PKR tidak teragak ambil tindakan disiplin

Dakwaan gangguan seksual: PKR tidak teragak ambil tindakan disiplin

PKR akan memberi fokus kepada kawasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai selain menumpukan kempen mereka kepada pengundi wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Pelantikan Latheefa Koya menimbulkan polemik dan paling banyak diperkatakan oleh beberapa pemimpin PKR sehingga mewujudkan satu petisyen mendesak Latheefa meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin selaras dengan peraturan parti sekiranya siasatan polis mendapati berlaku pelanggaran undang-undang berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan Anggota Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan.

Majlis Pimpinan Pusat parti itu dalam satu kenyataan berkata PKR memandang serius dakwaan berkenaan seperti yang dilapor media.

“PKR mengambil maklum bahawa laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak berkenaan dakwaan ini. Kami turut mengambil maklum bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan proses siasatan terhadap dakwaan ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata PKR turut menyokong penuh siasatan PDRM dan berharap proses tersebut dapat dilakukan dengan adil dan teliti.

Sebelum ini, dilaporkan seorang wanita mendakwa bekas pembantu dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput membuat laporan polis di Selangor berhubung gangguan seksual terhadapnya oleh Kesavan sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, anggota Parlimen penggal pertama itu menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

— BERNAMA