Home Nasional Wanita Myanmar ditemui mati tergantung

Wanita Myanmar ditemui mati tergantung

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, mayat wanita berumur lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang wanita yang merupakan pemilik premis pada jam 6.30 petang.

IPOH – Seorang wanita warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan tergantung di jeriji pintu masuk sebuah premis kedai dua tingkat di Medan Ipoh Raya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, mayat wanita berumur lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang wanita yang merupakan pemilik premis pada jam 6.30 petang.

Katanya, pemeriksaan awal pada mayat mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata polis turut menahan seorang lelaki yang mendakwa sebagai suami mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

— BERNAMA