SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini ekoran pemotongan bekalan diteruskan oleh OPEC menyebabkan pasaran minyak semakin ketat.
Tetapi, Brent masih kekal di bawah paras AS$70 setong berikutan kebimbangan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
Niaga empat bulan hadapan Brent didagangkan AS$69.10 setong pada 0021 GMT, naik AS$0.41 berbanding harga penutup.
West Texas Intermediate pula naik 0.2 peratus kepada AS$58.73 setong. – MalaysiaGazette