TERKINI : SUSPEK Warga Nigeria! Sebutan Semula Kes Siti Kharina ’31 Julai’ Depan

SEPANG – Mahkamah Majistret Sepang hari ini menetapkan tarikh 31 Julai depan bagi sebutan semula kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamaruddin.

Dalam kertas pertuduhan, Aliwajuwon Gilbertalowonle, 36 didakwa telah menyebabkan kematian ke atas Siti Kharina, antara 9 Mei pada jam 12.41 pagi hingga 15 Mei jam lebih kurang 2.30 petang di Tower 1 Third Avenue Condominium, Cyberjaya.