KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad memohon peminat dan pengikut Instagram miliknya mendoakan kesihatan anaknya, Jebat Jayden.
Menerusi perkongsian di laman sosial itu hari ini, Sharnaaz memberitahu, anaknya kini berada dalam keadaan kurang baik.
“Doakan anak saya selamat…@jebatjayden dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad dan mengharapkan doa serta keberkatan bulan Ramadan,” tulisnya.
Sejam kemudian, Sharnaaz memuat naik sebuah lagi status yang menyatakan kasih saying terhadap anak lelakinya itu.
Melihat kepada posting tersebut, jelas menggambarkan kerisauan seorang bapa terhadap anaknya.
“I love you sayang…Doakan Jebat na…I am half brave then you my boy…Your name make you so strong Insya-Allah…Strong like your name my Jebat, our Jebat…Baba love you so much,” tulisnya. – MalaysiaGazette