Home Seni Hidup Kenapa Zizan belum kahwin

Kenapa Zizan belum kahwin

Foto Instagram Zizan Razak.

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak mendedahkan kerjayanya sebagai pelakon membuatkannya tiada masa untuk mempunyai pasangan.

Menerusi di Instagram miliknya, Zizan berkata, ini kerana dia banyak menghabiskan masa di lokasi pengambaran.

“Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ada dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu bekerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertidur ketika shooting.

“Gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab ‘membocorkan’ filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya.

“Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan.

“Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya. Jadi di bulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of youLove you so muchLove you more,” tulisnya. – MalaysiaGazette