Home Nasional Bil eletrik tinggi, sila rujuk Kedai Tenaga – TNB

Bil eletrik tinggi, sila rujuk Kedai Tenaga – TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu orang ramai terus berurusan dengan Kedai Tenaga terutama soal bil elektrik yang tinggi.

Dalam satu kenyataannya, TNB berkata, pihaknya sentiasa memantau perbualan di media sosial terutama yang melibatkan aduan dan rungutan pelanggan.

“Terkini, TNB ambil maklum mengenai rungutan di media sosial berkaitan bil elektrik yang tinggi. TNB juga telah pun mula menerima dan melayani aduan mengenai perkara ini yang dikemukakan terus di Kedai Tenaga.

“Bagaimanapun, tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan tersebut kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ianya turut berbeza antara satu sama lain,” ujarnya.

Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan.

Ini kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga.

Pegawai perkhidmatan di Kedai Tenaga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan, memperincikan sebarang kemusykilan dan membantu menyelesaikan permasalahan pengguna.

Pengguna adalah dinasihatkan supaya membawa bil masing-masing untuk memudahkan urusan semakan.

TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya.- MalaysiaGazette