Home Ekonomi Alibaba bakal laksana penyenaraian kedua untuk jana AS$20b

Alibaba bakal laksana penyenaraian kedua untuk jana AS$20b

HONG KONG – Kumpulan Alibaba sedang mempertimbangkan untuk meraih sebanyak AS$20 bilion menerusi penyenaraian kedua dan memilih Hong Kong sebagai lokasi.

Kali pertama Alibaba diapungkan di New York pada tahun 2014 dengan meraih sebanyak AS$25 bilion.

Penyenaraian kedua akan memberikan Alibaba dana yang diperlukan untuk terus melabur dalam teknologi sebagai pertumbuhan China dan ekonomi kedua terbesar dunia, selain mengukuhkan industri teknologi di tengah-tengah perang perdagangan yang semakin meluas dengan Amerika Syarikat.

Firma gergasi e-dagang itu sedang bekerjasama dengan penasihat kewangan mengenai penawaran itu dan mahu mengemukakan permohonan di Hong Kong seawal separuh kedua tahun ini kata para sumber, yang tahu perkara itu tetapi tidak mahu dinamakan.

Jurucakap Alibaba juga enggan mengulas.

Sejak penyenaraian di Amerika Syarikat, saiz syarikat Alibaba telah berkembang hampir dua kali ganda saiz untuk menjadi syarikat Cina tersenarai terbesar dengan nilai pasaran melebihi $ 400 bilion.

Hong Kong, keutamaan awal Alibaba untuk tawaran awam permulaan, enggan menerima struktur tadbir urusnya, yang mana kumpulan pengurus kanan akan mengawal majoriti pelantikan lembaga. – MalaysiaGazette