Home Ekonomi Harga minyak didagang bercampur

Harga minyak didagang bercampur

Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak didagangkan bercampur pada Selasa berikutan pemotongan bekalan yang diketuai oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta akibat sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap minyak yang dieksport dari Iran dan Venezuela.

Dalam pada itu, kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi juga memberi kesan kepada pasaran, lapor Reuters.

Niaga hadapan Brent berada pada paras AS$69.99 pada 0637 GMT, jatuh 12 sen atau 0.2 peratus berbanding ketika ditutup semalam.

Niaga hadapan U.S West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$59.03 setong, naik 40 sen atau 0.7 peratus berbanding akhir dagangan Jumaat lalu. WTI tidak didagangkan semalam kerana cuti umum Amerika Syarikat.

Harga-harga minyak didokong oleh pemotongan bekalan oleh OPEC sejak awal tahun ini serta ketegangan politik di Asia Barat.

OPEC bersama sekutu-sekutunya termasuk Rusia dijadualkan bertemu pada 25 dan 26 Jun ini bagi membincangkan dasar output bahan api tersebut. – Agensi

 

+ posts