Home Ekonomi KWSP sahkan pembelian gudang Sports Direct di UK

KWSP sahkan pembelian gudang Sports Direct di UK

Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan pembelian hartanah logistik di Shirebrook, United Kingdom bernilai GBP120 juta (RM637.04 juta).

Dana persaraan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hartanah tersebut diduduki oleh Sports Direct International Plc buat masa ini dan dijangka terus disewakan untuk jangka masa panjang.

“Pelaburan ini memberi peluang kepada KWSP untuk menjana aliran pendapatan mengikut profail risiko pulangan KWSP.

“Selari dengan polisi pelaburan KWSP, usaha wajar yang menyeluruh serta tadbir urus yang kukuh telah dilaksanakan bagi menyempurnakan pembelian aset logistik ini.  Pelaburan ini melengkapi dan menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan hartanah KWSP di United Kingdom,” katanya.

Awal hari ini, syarikat peruncitan pakaian sukan, Sports Direct mengesahkan penjualan gudang pegangan bebasnya kepada Kwasa Logix Sportivo pada harga lebih GBP120 juta tunai.- MalaysiaGazette

+ posts