Home Sukan Rufino berehat hingga akhir musim

Rufino berehat hingga akhir musim

Pemain pasukan Selangor, Rufino Segovia Del Burgo (kiri) dalam cubaan melepaskan sepakan namun berjaya dihalang pemain pasukan Kuala Lumpur, Bobirjon Akbarov (kanan) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Penyerang import Selangor, Rufino Segovia bakal direhatkan sehingga akhir musim ini gara-gara kecederaan achilles tendon.

Perkembangan terbaharu itu disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di laman sesawang rasmi pasukan itu.

Setiausaha Agung FAS, Johan Kamal Hamidon menegaskan pihaknya enggan terburu-buru menamatkan kontrak Rufino yang masih berbaki kontrak selama setahun bersama skuad Gergasi Merah itu.

Justeru, pihaknya mahu memberikan ruang dan peluang buat penjaring terbanyak Liga Super 2018 itu untuk menjalani proses pemulihan dengan baik.

“Rufino masih lagi mempunyai baki satu tahun kontrak bersama FAS dan oleh sebab itu kami tidak tergesa-gesa untuk menggunakan khidmatnta

“Kami juga memberi ruang bagi Rufino untuk sembuh sepenuhnya untuk mengelakkan kecederaan itu berulang jika tidak dirawat dengan sebaiknya,” tambah Johan lagi.

Rufino seterpaksa berehat panjang apabila mengalami kecederaan ketika bertemu Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Ketiadaan Rufino Segovia itu akan bagaimanapun mungkin tidak memberikan masalah besar buat Selangor kerana pasukan yang kini berada di tangga kelima Liga Super Malaysia 2019 itu sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang dari Nigeria,Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi. – MalaysiaGazette