Home Utama Ramai pilih matrikulasi, kemasukan ke maktab perguruan makin merosot

Ramai pilih matrikulasi, kemasukan ke maktab perguruan makin merosot

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) beramah mesra bersama kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Majlis Iftar bersama KPM dan Media di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 29 MEI 2019.

PUTRAJAYA – Pelajar cemerlang diseru memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pada masa ini kemasukan ke program matrikulasi dilihat menjadi pilihan berbanding IPG.

Meskipun IPG menawarkan kekosongan kemasukan pelajar 6,000 namun sehingga kini jumlah itu belum tercapai.

“Kita menggalakkan pelajar cemerlang berminat mengajar agar dapat memohon terutama bahasa Mandarin dan Tamil. Semua orang pilih masuk matrikulasi jadi maktab  makin merosot,” katanya ketika majlis Iftar bersama media, di sini.

Untuk rekod, seramai 5,200 surat tawaran IPG dikeluarkan seluruh negeri hari ini, namun jumlah yang menerima tawaran belum diketahui.

MGF29052019_MASZLEE MALIK IFTAR BERSAMA MEDIA11
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bercakap kepada media selepas Majlis Iftar bersama KPM dan Media di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 29 MEI 2019.

Maszlee mengakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih belum berjaya mendidik rakyat mengubah persepsi pilihan kursus untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Ini kerana kebanyakan mahasiswa universiti memilih kursus yang disifatkan ‘tradisi’ seperti jurusan perubatan, pergigian, akauntan dan perundangan.

Sebaliknya jurusan berkaitan sains seperti bio teknologi, kimia, kejuruteraan tidak mendapat sambutan, meskipun memberi peluang cerah dalam permintaan kerja.

“Kursus ‘future job, seperti  analisis data, nano teknologi, kurang mendapat sambutan.

“Ramai masih terikat dengan kuraus tradisional dan apabila tidak dapat kerja masing-masing marah. Walhal kursus menjanjikan peluang kerja tidak diambil.

“KPM belum berjaya mendidik rakyat melihat masa depan yang lebih mencabar,” tambahnya.

Sehubungan itu beliau memohon media membantu KPM menyebarkan kesedaran berhubung perkara ini kepada masyarakat. -MalaysiaGazette