Home Nasional Khoo Kay Kim sahaja yang boleh cerita 13 Mei secara adil

Khoo Kay Kim sahaja yang boleh cerita 13 Mei secara adil

Dr. Maszlee Malik. foto NOOREEZA HASHIM, 29 MEI 2019.

PUTRAJAYA – Mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim adalah individu yang paling layak memberi gambaran jelas tentang peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Dr Maszlee Malik yang sedih dengan kematian tokoh sejarawan dan ahli akademik itu berkata, ini kerana Khoo boleh memberi gambaran tentang peristiwa tersebut dengan adil dan terperinci.

Tetapi, sayangnya beliau sudah meninggal dunia, katanya.

“Kita merasa sedih kerana orang yang boleh memberikan gambaran yang agak adil dan terperinci daripada isu ini adalah Khoo Kay Kim yang baru meninggal. Kita masih berada sedih dengan pemergian beliau,” kata Menteri Pendidikan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tinjauan MalaysiaKini mengenai kefahaman masyarakat mengenai 13 Mei.

Tinjauan itu mendapati 87 peratus mahu mendalami peristiwa bersejarah dan ingin ia diajar secara terperinci di sekolah.

Namun, Maszlee tidak menjawab secara spesifik soalan tersebut.

Peristiwa 13 Mei hanya disebut secara ringkas dalam buku teks Tingkatan Lima tanpa membincangkan kejadian sebenar dengan terperinci.

Sebagai contoh, antara ayat yang disebutkan dalam buku teks ialah: “Jika pembangunan negara hanya dinikmati oleh sebahagian masyarakat, ia boleh menyebabkan rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.” -MalaysiaGazette